11 Monthsarry

Hye guys


Yes, aku and Mija dah 11 month together as couple. Tak sangka dengan dia pun akan lama. Jujur, aku sayang dia dan aku cuba jadi yang terbaik untuk dia. Sebaik mungkin yang aku mampu. Dia ada sifat penyayang and sabar yang mungkin takde dalam diri aku tapi bila dia muncul je dalam hidup aku, everything is change. Memang-2 kadang-2 sakit hati juga dengan Si buncit aku sorang nih tapi dah sayang kan, terima seadanya.

Long distance relationships..
Boleh percaya ke? Boleh kay, buktinya kami lah. Aku di Pahang dan dia di Kuala Lumpur. We're never lose connection. Bercinta jarak jauh pun boleh kekal kay. Kena ada sifat saling percaya mempercayai lah, sentiasa jujur kita buat apa and InsyaALLAH takde masalah akan timbul. Aku percayakan dia, tersangat percaya sebab aku kenal sangat Mija nih macam mana eventhough i know dia memang teruk dulu and Alhamdulillah he change now.

Sering berdoa..
Aku percaya dengan doa kita mampu kekal sebab Allah telah menciptakan jarak antara kita dengan orang yang kita sayangi kerana Allah ingin kita saling mendoakan walau jauh pandangan sekalipun. Aku berpegang pada kata-2 ini dan yes aku percaya Allah lindungi hubungan kami walaupun gaduh sebesar mana pun.

Selalu mengalah..
Mengalah? Aku kalau bab bergaduh tak nak mengalah dan dia lah akan mengalah. Aku ada ego sendiri and sometime aku kena buang ego aku jauh-2 sebab aku tak nak jadi macam dulu. Cinta yang dulu aku buat pengajaran untuk diri sendiri supaya ingat jangan selalu biar ego mengatasi diri kita sebab semuanya akan musnah. Trust me, if korang bergaduh dengan bf, please wahai perempuan saya tahu memang tinggi ego perempuan tapi tolong buang ia jauh-2 kalau nak hubungan korang kekal kay :'). Aku perempuan dan aku tahu perasaan perempuan yang lain if bf dia buat hal kan. Selalu bergaduh nih sebab salah masing-2 juga, nampak gf dengan lelaki lain, si bf pun nak juga. Inilah puncanya bergaduh. Please lah be matured guys. Sering mohon maaf kalau buat salah :)

Jaga hati..
Aku sebelum nak buat apa-2, pergi lepak dengan mana-2 kawan lelaki ke aku mesti fikir 100 kali sebelum buat apa-2. Aku fikir hati dia juga, aku goda slow-2 sampai dia cair then baru cakap nak apa, Haha. Itu memang aku tapi aku bagitahu dia kay aku lepak dengan kawan lelaki siapa sebab aku tak nak tipu dia. Prinsip couple kali nih, tak akan menipu, insyaALLAH :). Jaga hati pasangan korang kay sebelum nak buat apa-2, fikir macam mana perasaan dia if korang tipu dia. Tak nak hubungan korang hancur, jaga hati dia dan selalu be honest dengan pasangan korang.

Wah cukup panjang entry aku kali nih, terlalu banyak idea keluar. Btw, ini bukan aku copy dari mana-2 kay. Ini semua pengalaman hidup aku sendiri sepanjang bercinta dengan orang nih. Dengan beruk belum pernah lah, if ada rezeki, ada letuw, Haha. Kay aku buat lawak -,-.

Entry kali ini untuk Mija yang tersayang. Cehh, haha. Buncit, thanks for everything. You're to important to me. Thank you for being my cute boyfriends. I love you.

Ya Allah, jika benar dia untuk ku dekatkan dia denganku. Peliharalah hubungan kami. Terima kasih Ya Allah. Keep our love until married and insyaALLAH until Jannah. Amin :')

Kbyee. Assalamualaikum :D